- Kami percaya bahawa tradisi Taoist bermula sebagai satu maklumbalas kepada ketamadunanan yang berlebihan. Ia adalah perkara yang dihadapi oleh tokoh ini. Banyak tradisi yang sama berhadapan dengan isu-isu kerja dan status. Tokoh-tokoh ini berhadapan dengan isu kebimbangan dan alam semulajadi. Namun, lama selepas pemergian tokoh-tokoh ini, ia diambil alih oleh pihak fasis dan reaksioner sebenar. Taoism tidak terkecuali dari hal ini. Ia turut dirampas oleh penipu dan mereka yang menyamar sebagai Taois. Walau bagaimanapun, pusat murni bagi kebanyakan tradisi yang tidak melibatkan dogma dalam ajaran-ajaran seperti agama Kristian, agama Veda, ajaran Buddha dan lain-lain sebenarnya mempunyai asas yang sama. Itulah yang digelar sebagai Taoism. - Oliver Benjamin, seperti petikan dalam "Big Lebowski Spawns Religion" oleh Yusuf Laher dalam Don't Panic Online (11 April 2011)
- Menurut kepada sarjana keagamaan, Huston Smith, Taoisme hanya mempunyai satu sahaja teks asas iaitu Tao Te Ch'ing. Ia boleh dibaca hanya habis hanya dalam masa satu setengah jam atau mengambil masa seumur hidup. Lagenda menyebut bahawa seorang lelaki Cina dikenali sebagai Lao Tzu satu hari telah berkata "Sudah!" lalu memanjat seekor kerbau balar dan mula bergerak menuju ke sebelah barat di Tibet. Dalam perjalanan keluar dari sempadan, seseorang menghentikannya dan memintanya supaya menulis ajaran-ajaran penting oleh beliau sebelum keluar. Disebabkan beliau malas, maka beliau menambat kerbau balarnya dekat sungai dan mengambil masa yang lama hanya untuk menulis Tao Te Ching yang sepanjang 81 ayat. Setelah selesai, beliau membunyikan loceng memanggil orang yang mendesaknya menulis ajaran itu, memanjat kerbau balarnya dan menghilang dalam kabus lagenda serta mitos. Tanpa mengira sama ada lagenda ini adlaah benar atau sama ada tokoh ini benar-benar wujud, namun isunya di sini adalah kitab ini merupakan ungkapan lengkap bagi ajaran Wu Wei dalam Taoism. Ia merupakan perbincangan kreatif mengenai "minda yang sedar itu mestilah bertenang, berhenti mengeluarkan cahaya yang melampau-lampau dan melepaskan" bagi membolehkannya mengalir dengan Tao alam semesta. - Rev. Dwayne Eutsey, dalam Introduction of the Daoist holy book The Tao De Ching (2010).
Petikan mengenai Lao Zi
Langgan:
Catatan (Atom)