Sabtu, 24 Mac 2018

Hantu dalam Kebudayaan China


Kisah rakyat China sering bertumpu kepada pelbagai jenis makhluk seperti hantu, setan dan lain-lain makhluk ghaib. Menurut kepercayaan tradisional orang China, hantu ini adalah bentuk roh bagi manusia yang telah meninggal dunia. Hantu selalunya dianggap memberikan mudarat kepada mereka yang hidup sekiranya mereka diganggu. Baca lanjut di sini.

Perayaan Hantu

Perayaan Hantu yang dikenali sebagai Yúlán Jié 盂蘭節 adalah merupakan perayaan yang dirayakan oleh diaspora Cina di kebanyakan negara dunia. Hari ke-15 dalam bulan ketujuh kalendar lunar disebut sebagai Hari Hantu. Bulan ketujuh kalender lunar ini secara umumnya juga disebut sebagai bulan hantu atau Guǐ Yuè 鬼月. Ia adalah bulan di mana hantu-hantu dan roh-roh termasuk roh nenek moyang yang sudah meninggal dunia naik dari alam petala neraka di bawah. Baca lanjut di sini.  

Gambar: Imej penghapus hantu, Zhongkui yang dilukis oleh Gong Kai pada 1304 M.