Sebenarnya Republik Rakyat China (PRC) mempunyai banyak jenis etnik dan bangsa. Orang Cina seberang laut terutamanya di Malaysia dan Singapura sangatlah jahil mengenai kepelbagaian ini dan beranggapan bahawa negara ibunda mereka itu hanya mempunyai satu etnik sahaja iaitu etnik Cina. Hal ini terjadi kerana mereka datang dari wilayah Selatan China.
Dalam masukan ini, aku masukkan juga maklumat tentang puak-puak Turki yang pernah memerintah dalam wilayah-wilayah yang kini membentuk Republik Rakyat China. Beberapa negara purba di wilayah PRC semasa zaman Lima Wangsa dan zaman Kerajaan Sepuluh pernah diperintah oleh keluarga-keluarga berbangsa Turki:
- Dinasti Tang Kemudian
- Dinasti Jin Kemudian
- Dinasti Han Kemudian
Pengalaman aku di pejabat adalah ketika kami mendapat kes melibatkan etnik Uighur yang melarikan diri dari pusat tahanan imigresen Thailand. Pengalaman aku ada di sini. Ia tidak begitu detail kerana aku tertakluk kepada rahsia rasmi kerajaan. Jadi, cerita dalam pengalaman aku itu pun tidak detail.