![]() |
Peta linguistik China pada tahun 1967 |
Terdapat sekurang-kurangnya 292 bahasa yang masih lagi hidup di Tanah Besar China. Bahasa yang biasa dituturkan di sana kebanyakannya berasal dari cawangan Sinitic dalam rumpun keluarga bahasa Sino-Tibet. Ia mengandungi bahasa seperti Mandarin yang dituturkan oleh sebanyak 80% daripada populasi China dan lain-lain kepelbagaian bahasa Cina seperti bahasa Jin, Wu, Min, Hakka, Yue, Xiang, Gan, Hui, Ping dan bahasa Tuhua yang tidak dapat dikelaskan seperti bahasa Shaozhou, Tuhua dan Tuhua Xiangnan.
Papan tanda di Sekolah Tinggi Li Haozhai di Jianshui, Yunnan ditulis dalam bahasa Hani berhuruf Rumi, bahasa Nisu dengan tulisan Yi dan bahasa Cina |
Bahasa-bahasa dalam cawangan Tibeto-Burma pula termasuklah bahasa Tibet, Qiang, Naxi dan Yi yang dituturkan sepanjang Lembangan Tibet dan Yunnan-Guizhou. Lain-lain bahasa etnik minoriti lain di China Barat Daya adalah seperti bahasa Zhuang, Tai, Dong, dan Sui dalam kelompok bahasa Tai-Kadai. Selain daripada itu terdapat bahasa Miao dan Yao dalam keluarga bahasa Hmong-Mien dan bahasa Wa dalam keluarga bahasa Austroasia (Mon-Khmer).
Di rantau China Barat Laut dan Timur Laut pula, bahasa etnik tempatan di situ adalah seperti bahasa dalam cawangan Altaic termasuklah bahasa Manchuria, bahasa Mongolia, dan beberapa bahasa jenis Turkic seperti bahasa Uighur, Kazakh, Kyrgiz, Salar dan Yugur Barat. Bahasa Korea dituturkan sebagai bahasa tempatan di sepanjang sempadan China dengan Korea Utara. Manakala, bahasa Sarikoli yang dituturkan oleh etnik Tajik di Xinjiang Barat pula tergolong dalam bahasa rumpun Indo Eropah. Suku kaum Taiwan di Republik China termasuklah beberapa populasi kecil di Tenggara Tanah Besar China pula bercakap dalam bahasa jenis Austronesia.
Selanjutnya, bahasa Cina piawai atau bahasa Cina standard didasarkan kepada loghat bahasa Mandarin di Beijing. Ia menjadi bahasa rasmi China dan mempunyai kedudukan de facto rasmi. Bahasa Mandarin menjadi bahasa lingua franca antara orang ramai dari pelbagai latar belakang linguistik di China. Di kawasan autonomi China pula, bahasa lain boleh juga menjadi bahasa lingua franca di situ seperti bahasa Uighur di Xinjiang. Menurut Arienne M. Dwyer (2005) dalam "The Xinjiang Conflict: Uyghur Identity, Language Policy, and Political Discourse" menyebut bahawa perkhidmatan pentadbiran kerajaan dalam bahasa Uighur di Xinjiang dijamin dalam Perlembagaan China.