Khamis, 30 Januari 2025

Selamat Tahun Baru Cina 2025

 

Perayaan Tahun Baru Cina pada tahun 2025 jatuh pada 28 Januari 2025. Perayaan ini akan berlangsung hingga hari ke-15 bagi sesetengah komuniti Cina seperti komuniti Hokkien di Asia Tenggara. António Guterres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam ucapannya menyambut Tahun Ular ini menyebut, "Marilah kita menyambut permulaan yang baru ini dengan pengharapan dan keazaman untuk mencorakkan masa depan yang lebih baik untuk semua."

Beliau menambah bahawa, "Ular melambangkan hikmah, ketahanan dan pembaharuan. Dalam masa yang penuh pancaroba ini, semoga kita semua dipandu oleh ciri-ciri yang baik dan memperbaharui komitmen kita ke arah keamanan, kesaksamaan dan keadilan."

Setem di atas adalah setem baru yang dikeluarkan oleh PBB sempena perayaan yang istimewa ini. PBB mengucapkan, "Selamat Tahun Baru Cina!" kepada semua yang merayakannya. 

Isnin, 16 September 2024

Bahasa Cina

 


Mutakhir ini banyak sekali kelas pelajaran bahasa Cina muncul lebih-lebih lagi pasca COVID-19 yang melanda dunia memaksa orang ramai bergantung kepada media di internet. Hal ini aku pandang secara positif namun apabila terlalu banyak sangat kelas pun kita tidak tahu pula hendak memilih yang mana satu yang terbaik, kan? Untuk bahagian ini aku cuma ingin membicarakan secara ringkas sahaja mengenai bahasa Cina yang banyak dituturkan orang di seluruh dunia hasil dari migrasi penduduk dari benua China pada abad ke-19 hingga abad ke-21.
Aku harap pengenalan ini berguna untuk kita semua memandangkan bahasa Cina adalah salah satu bahasa negara kuasa veto dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Jadi, penting sekali untuk kira kuasai salah satu daripada enam (6) bahasa yang dituturkan di pertubuhan global tersebut.
Kredit untuk gambar hiasan di atas adalah sepenuhnya milik "Muddy Basin Ramblers". Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada pencipta gambar di atas kerana kesudian beliau atau mereka berkongsi hasil seni yang cantik itu dengan dunia. 

Ahad, 17 Oktober 2021

Ungkapan Memuji Rupa Seseorang


Setakat aku ketahui dari pengalaman belajar bahasa Cina sejak tahun 1996 lagi, aku dapati bahawa aku hanya tahu menggunakan lima perkataan ini sahaja iaitu:

  • 好帥 kacak
  • 美麗 cantik
  • 好看 elok
  • 漂亮 lawa
  • 可愛 comel

Sebenarnya banyak lagi cara untuk memuji rupa seseorang. Berikut adalah merupakan beberapa ungkapan yang boleh digunakan untuk memuji rupa seseorang.

  • 眉清目秀 Méiqīngmùxiù kening jernih, mata segak
  • 玉樹臨風 Yùshù línfēng bagai pohon jade menghadap angin
  • 英姿挺拔 Yīngzī tǐngbá terserlah kesegakkannya
  • 帥氣逼人 Shuàiqì bī rén segak menawan

Selalunya, simpulan bahasa Cina mempunyai empat huruf. Semua contoh di atas itu, menggambarkan kesegakan atau kekacakan seseorang lelaki. Maklum juga bahawa semua ungkapan di atas itu banyak digunakan dalam penulisan sastera. Jadi, ia akan kedengaran gedik atau kekok jika digunakan dalam perbualan seharian.

Selain itu, cara memuji seseorang itu berbeza mengikut tempat juga. Oleh kerana banyak sekali loghat di benua China dan tidak semestinya sama di setiap tempat. Contohnya, di Taiwan mereka mungkin memuji seseorang dengan ungkapan 美型男 měi xíng nán atau 潮男 cháo nán. Sementara itu, di China mereka mungkin memuji seseorang itu dengan ungkapan, 高富帥 gāofù shuài dan di Hong Kong pula 靚仔 liàngzǎi.

Dalam perbualan rasmi, seseorang boleh juga memuji orang lain dengan menggunakan ungkapan 帥氣 shuàiqì atau 英俊 yīngjùn. Terdapat juga gadis-gadis kuat berangan yang gemar menggunakan istilah 男神 nán shén yang bermaksud adonis untuk memuji lelaki yang menarik perhatian mereka. 

Rujukan

Sabtu, 2 Februari 2019

Muzik Cina Pasca Perang Dunia II


Pada tahun 1990an pasca era Perang Dunia II, penduduk Malaysia berketurunan Cina yang berada di Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutamanya di Lembah Klang terdedah kepada muzik dan hiburan dari Republik China (Taiwan), British Hong Kong dan Republik Rakyat China (Tanah Besar). Model sosial 'salad bowl' digunakan di rantau-rantau Persekutuan Tanah Melayu kerana ia terbentuk daripada pelbagai negara kecil yang digabungkan bersama dengan koloni British di sini. Anda akan nampak poket-poket kebudayaan sebegini, lalu anda pun akan berasa bingung. Aku tempelkan di sini hanya sebagai kenangan kehidupan kanak-kanak aku di Kuala Lumpur dan Selangor, kalau rasa rindu zaman dulu aku cuma perlu klik sahaja. 
Dikumpulkan: Naim
Gambar: False Sunrise, Florenus 

Sabtu, 21 April 2018

Vietnam


Selepas aku membelek-belek beberapa negara moden di Asia Tenggara, aku mendapati bahawa pengaruh dari benua China agak kuat juga pada etnik-etnik tempatan di negara-negara di bawah angin ini. Aku telah membaca banyak kisah sejarah bagi kerajaan-kerajaan berpengaruh Hindu di Asia Tenggara tapi aku kurang periksa pula mengenai kerajaan-kerajaan berpengaruh China di Asia Tenggara. Vietnam adalah satu kerajaan berpengaruh China di rantau ini. Walaupun mereka kurang suka dengan Republik Rakyat China (PRC). Tetapi kebudayaan mereka adalah hampir sama. Keadaan yang sama turut berlaku di Jepun dan Korea.
Sejarah Vietnam
Bahasa Vietnam
Halaman ini dikumpulkan oleh Happy Buffalo yang menjadi administrator bagi halaman ini dan halaman-halaman lain.

Ayat dan Pemahaman


句子與理解 Jùzi yǔ lǐjiě

Aku menggunakan buku 最新小學單元練習 iaitu Latihan Topikal SJK (C) Terbaru untuk darjah 1 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina namun tulisannya aku gunakan sistem tulisan mengikut Republik China (ROC). Salahkah? Peduli apa aku. 

Matlamat latihan ini adalah seperti berikut:
  • 習題設計配合學生作答能力
  • 符合學校評审與政府考試要求
  • 習題設計配合思維技巧富有启髮性
    Aku tempekkan di sini kerana aku hendak melupuskan kertas-kertas yang menyebabkan bilik aku semak serta berhabuk. Kalau aku hendak buat rujukan di masa hadapan maka aku boleh kembali semula membaca apa yang aku sumbatkan di sini. Simpan buat kenangan sahajalah. Sila klik di sini untuk merujuk.  

    Sabtu, 14 April 2018

    Tarekat Muslim di China


    Tarekat di China disebut sebagai ménhuàn 門宦 atau silsilah dalam bahasa Arab. Istilah ini digunakan oleh penganut ajaran Islam yang berbahasa China bagi merujuk kepada pergerakan tasawuf di Tanah Besar China. Pemimpin-pemimpin ménhuàn ini membentuk satu rantaian kerohanian sesama sendiri berkurun-kurun lamanya. Dari guru-guru ini kemudian, mereka akan dapat mengesan ajaran yang diamalkan sehingga kepada nabi Muhammad s.a.w. di Tanah Arab.

    Asal-usul istilah ini menurut kepada Ma Tong (1983), disahkan pertama kalinya dalam satu karangan yang dibuat oleh Majistret Yang Zengxin di rantau Hezhou dari tahun 1897. Pengkaji-pengkaji berbahasa Cina sendiri mencadangkan bahawa istilah ini terbit dari kata ménfá 門閥 yang bermaksud keluarga yang berkuasa dan berpengaruh atau ménhù 門戶 yang digunakan di sebelah barat laut Tanah Besar China untuk membawa maksud 'laluan' atau 'parti'.

    Berikut adalah tarekat-tarekat Islam yang terkenal di benua China:
    Beberapa aliran tarekat ini sebenarnya bercakar sesama sendiri kerana berebut pengaruh dalam kalangan masyarakat setempat. Terdapat juga ahli aliran tarekat ini yang berkhidmat sebagai jeneral atau panglima perang dalam dinasti-dinasti China sama ada dinasti Ming atau dinasti Qing.
     
    Rujukan
    Sumber Gambar: Sana Gilani, Exploring Islamic China - Part One Beijing, Lanzhou and Linxia, Wayfarer's Compass (online)