Wang Fei dilahirkan pada 8 Ogos 1969. Beliau adalah seorang komposer lagu dan juga pelakon selain terlibat dalam kerjaya menyanyi. Beliau ini seolah-olah Siti Nurhaliza dalam kalangan peminat-peminat lagu berbahasa Cina di rantau China, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Malaysia dan Singapura. Beliau dilahirkan di Beijing, PRC namun berpindah ke British Hong Kong pada 1987. Pada tahun 1990an, beliau baru mendapat perhatian selepas mengeluarkan lagu berbahasa Cina Kantonis.
Sumber: Arkib Youtube