Etimologi Nama China

Perkataan "China" muncul dalam terjemahan jurnal tulisan Duarte Barbosa dari Portugal pada tahun 1555 oleh Richard Eden pada tahun 1555. Penggunaan nama China oleh Barbosa ini dijejaki dari rujukan bahasa Parsi iaitu Chin yang diterbitkan dari bahasa Sanskrit iaitu, Cina.

Perkataan Cina pertama kali digunakan dalam sastera Hindu yang awal termasuklah Mahabharata iaitu pada sekitar abad ke-5 SM dan Undang-Undang Manu pada abad ke-2 SM. Pada tahun 1655, Martino Martini mencadangkan bahawa perkataan Cina ini diterbitkan dari dinasti Qin yang memerintah benua China dari tahun 221 hingga tahun 206 SM. Oxford English Dictionary menyatakan bahawa walaupun terbitan ini digunakan dalam pelbagai sumber, namun asal usul perkataan ini dalam bahasa Sanskrit masih lagi diperdebatkan. Cadangan alternatif lain untuk merujuk kepada benua itu termasuklah nama Yelang dan Jing atau negara Chu.