Dalam bahasa Cina, ideogram 朝 cháo pada asalnya bermaksud "fajar" dan "hari ini". Namun, secara politik ideogram ini digunakan untuk merujuk kepada rejim pemerintah yang memegang jawatan.
Senarai berikut adalah istilah yang dikaitkan dengan konsep wangsa dalam pensejarahan benua China:
- 朝 cháo wangsa
- 朝代 cháodài zaman pemerintahan sesuatu wangsa
- 王朝 wángcháo wangsa diraja, istilah ini selalu disalahgunakan untuk merujuk secara tidak tepat kepada semua wangsa, termasuklah yang pemerintahnya tidak memegang gelaran bukan diraja seperti maharaja
- 皇朝 huángcháo umumnya merujuk kepada wangsa yang menjajah.
Setakat ini sahaja penerangan berkenaan istilah wangsa yang menjadi rujukan dalam pensejarahan benua China.