Kebangkitan Ganden Phodrang

 

Pada tahun 1578, Altan Khan dari Tumed Mongol memberikan gelaran Dalai Lama kepada Sonam Gyatso, lama agung dari aliran Gelugpa. Dalai adalah merupakan terjemahan bahasa Mongol untuk Gyatso dalam bahasa Tibet yang bermaksud Samudera.

Dalai Lama yang ke-5 ini dikenali ramai kerana menyatukan kawasan tengah Tibet di bawah pengaruh aliran Gelug dari ajaran Buddha selepas mengalahkan aliran Kagyu dan aliran Jonang serta Putera Tsangpa, seorang pemerintah sekular dalam satu peperangan saudara yang panjang. Usaha beliau ini berjaya salah satunya adalah kerana bantuan dari Gushi Khan, pemimpin Oirat dari Khagan Koshut. Di bawah perlindungan Gushi Khan, Dalai Lama ke-5 dan rakan-rakan rapat beliau mengasaskan pentadbiran awam yang dirujuk oleh para sejarawan sebagai negeri Lhasa. Rejim atau kerajaan Tibet ini dirujuk dalam bahasa Tibet sebagai Ganden Phdorang.

Gambar: Istana Potala, Antoine Taveneaux, 1 Ogos 2009