Kemunculan Tibet

Tibet muncul pada abad ke-7 masihi sebagai sebuah empayar yang bersatu. Namun, ia berpecah selepas itu menjadi beberapa kawasan. Bahagian rantau Tibet Tengah dan Tibet Barat (Ü-Tsang) selalunya jarang dinamakan dalam siri kerajaan di Tibet seperti di Lhasa, Shigatse dan kawasan berdekatan. Kerajaan-kerajaan kecil Tibet ini sering dijajahi oleh Mongolia dan China. Bahagian Timur di negeri Kham dan Amdo pula mengekalkan struktur politik anak negeri yang bersifat desentralisasi. Mereka terbahagi kepada negeri-negeri mahkota dengan kelompok puak. Oleh sebab itu, ia mudah terjatuh ke tangan orang China. Kebanyakan rantau Tibet ini lalu diserap ke dalam wilayah China seperti Sichuan dan Qinghai. Sempadan Tibet umumnya ditandakan pada abad ke18 masihi.

Berikutan kejatuhan dinasti Qing pada tahun 1912 maka tentera penjajah dinasti Qing diarahkan meletak senjata dan diiringi keluar dari Tibet atau Ü-Tsang. Seterusnya, Tibet mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1913 tanpa pengiktirafan dari pemerintah Republik China. Lhasa seterusnya menguasai kawasan Barat wilayah Xikang, China.
 
Tibet terus mengekalkan autonominya sehingga tahun 1951 sebelum ia ditakluki semula oleh China dan disatukan ke dalam Republik China (ROC). Kerajaan Tibet sebelumnya dihapuskan pada tahun 1959 selepaskan kebangkitan mereka gagal. Pada hari ini, pemerintah Republik Rakyat China (PRC) memerintah Tibet Tengah dan Barat sebagai wilayah autonomi Tibet. Tibet Timur pula dijadikan kawasan autnomi etnik yang disatukan dalam wilayah Sichuan, Qinghai dan wilayah berjiran lain. Ketegangan turut terjadi berkenaan dengan status politik bangsa Tibet dan bangsa Tibet yang bergiat dalam buangan di luar negara. Mereka yang terlibat dalam kegiatan aktivis di Tibet boleh didakwa, ditahan atau diseksa oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China.
 
Ekonomi Tibet masih lagi bergantung kepada pertanian sara diri walaupun industri pelancongan di Tibet mula berkembak sejak dasawarsa ini. Penduduk Tibet majoritinya mengamalkan agama Buddha aliran Vajrayana di samping mengikuti amalan Bön yang sudah wujud sebelum ketibaan ajaran Buddha di situ bermula pada abad ke-7 masihi. Minoriti Muslim dan Kristian turut tinggal di Tibet. Ajaran Buddha menjadi asas kepada kesenian, muzik dan perayaan masyarakat Tibet. Seni bina di Tibet pula menggambarkan pengaruh dari India dan China. Makanan ruji masyarakat Tibet adalah seperti barli bakar, daging yak dan teh mentega.