Sesi bahasa Cina dari TikTok dipelopori oleh saluran Speedyman88. Beliau membahagikan asas bahasa Cina kepada frasa asas, kata ganti diri dan kata nama. Aku rasa teknik yang digunakan oleh pengguna TikTok ini agak cerdik juga memandangkan kerajaan negeri seperti kerajaan negeri Selangor ada juga mempromosikan kursus bahasa secara percuma. Kelas ini diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad bermula pada jam 8.30 malam.
- 04 April 2026 - Frasa Asas, Kata Ganti Diri dan Kata Nama
- 11 April 2026 - Nombor Asas, Kata Kerja dan Kata Nama
Huruf Cina yang digunakan dalam pelajaran ini adalah huruf ringkas sahaja. Aku mendapati bahawa aku masih ingat semua perkataan yang diajar oleh beliau walaupun aku telah lama meninggalkan pelajaran bahasa Cina.
Sekian, terima kasih.