Pengalaman dengan Wartawan Akhbar Cina Racist

Pengalaman aku, semasa aku bekerja sebagai jurubahasa bahasa Cina (Mandarin) di Lapangan Terbang KLIA 1 pada sekitar tahun 2006-2007, semasa itu zaman pemerintahan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Semasa wartawan-wartawan akhbar berbahasa Cina menembual aku ketika upacara pembukaan program jurubahasa bahasa Cina untuk pelancong dari Republik Rakyat China dan Visa on Arrival untuk rakyat China, mereka mendapati bahawa aku bercakap dengan bahasa Cina loghat Utara. Mereka buat-buat pelik pula padahal mereka pun berketurunan Cina. Mereka menuduh bahawa aku adalah rakyat PRC dan meminta aku tunjukkan kad pengenalan aku.

Ketika itu, aku rasa seolah-olah mereka racist terhadap penutur bahasa Cina (Mandarin) yang bukan berketurunan Han Selatan walaupun mereka belajar bahasa itu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK). Semasa pembukaan program jurubahasa bahasa Cina di Lapangan Terbang yang kononnya gempak sangat itu, aku sempat bersembang dengan Datuk Seri Tan Chai Ho, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang kebetulan menjalankan lawatan di kawasan Pejabat Imigresen, KLIA. Aku duduk satu sofa saja dengan 'menteri' itu. Beliau kata wartawan-wartawan itu tak perlu nak pelik sangat pun kerana rantau China itu pun tidak semestinya terkongkong kepada wilayah Guangzhou atau Fujian sahaja.

Semasa aku berurusan dengan pelancong dari kawasan Utara China seperti dari Haerbin, Nanjing, Beijing atau Shandong, aku tidak menghadapi masalah langsung berkomunikasi dengan mereka. Mereka agak berdisiplin dan mereka gembira dapat bertemu dengan penutur bahasa Cina loghat Utara. Aku pernah menghadapi masalah dengan seorang lelaki tua berketurunan Teochew dari Taiwan. Dia bercakap bercampur-campur dengan loghatnya yang pelik. Aku minta bantuan kepada anak haram rakan sekerja aku bernama Lee Hanwei kerana dia keturunan Teochew tapi dia berambus ke tempat lain pula. Budak itu memang berlagak pun aku malas hendak layan dia selepas dia dengki seorang rakan sekerja perempuan selalu bersembang dengan aku. Padahal, rakan sekerja itu sudah ada teman lelaki pun. Bodoh punya budak aku harap ladang kelapa bapa dia di Banting itu gulung tikar dan lingkup, haha.

Terdapat beberapa lagi pengalaman interaksi aku dengan penduduk dari Republik Rakyat China (PRC) contohnya semasa aku belajar di Universiti Sains Malaysia (USM), Penang. Aku berkawan dengan En. He, pelajar Phd dari Henan dan aku sering lepak di bilik beliau makan biskut beliau serta bersiar-siar sekeliling Penang dengan beliau kalau kami free. Aku berkenalan dengan En. Idris Xian Hongzhi dari wilayah Gansu di surau tingkat bawah hostel. Semasa itu aku rajin lagi ke surau atau masjid, tidak seperti kini kerana aku sudah dirosakkan oleh kehidupan (termasuk oleh pejabat aku kini). Aku juga berkenalan dengan En. Yunus Huang Kai, seorang budak Hui dari wilayah Xinjiang atau Turkestan Timur.