Rujukan Asing mengenai Tibet

Orang Tibet merujuk negeri mereka sebagai Bod. Ia merujuk kepada asal kota suci Lhasa yang berada di tengah. Rantau tengah kota Lhasa itu disebut sebagai Ü oleh orang Tibet.

A. Rujukan Yunani

Beberapa cendekiawan sejarah mempercayai bahawa rekod awal merujuk kepada Tibet sebagai Bautai menerusi karya orang Yunani di Mesir yang berjudul Periplus of the Erythraean Sea dari abad pertama masihi dan Geographia karya Ptolemy dari abas kedua masihi. Rujukan itu sendiri didakwa berasal dari rujukan bahasa Sanskrit berbunyi Bhautta yang terbit dari tradisi rujukan geografi India purba.

B. Rekod dari China

Exonym atau rujukan luar dalam bahasa Cina moden untuk etnik Tibet di rantau mereka sendiri adalah Zangqu. Ia berkemungkinan diterbitkan dari metonym untuk rantau Tsang yang berada di sekitar Shigatse. Orang Tibet, budaya dan bahasanya dirujuk oleh orang Cina sebagai zang tanpa mengira asal-usul mereka.

Istilah rujukan geografi sering dihadkan untuk Rantau Autonomi Tibet sahaja. Istilah 西藏 Xizang mula digunakan pada zaman dinasti Qing di bawah pemerintahan Maharaja Jiaqing (1769-1820). Rekod zaman Pertengahan dari China yang paling baik sekali merujuk Tibet dengan rujukan 吐蕃 Tubo atau 土番 Tufan. Rujukan Tufan pertama kalinya digunakan oleh Li Tai pada abad ke-7 masihi manakala Tubo pula digunakan dalam Babad Lama Dinasti Tang pada abad ke-10 masihi yang menjelaskan mengenai duta seramai 608 sehingga 809 orang dari Sri Namri Songtsen, raja Tibet kepada Maharaja Yang dari dinasti Sui.

William H. Baxter membina semula bunyi 土番 Tufan itu sebagai 吐蕃 Thu:phion dalam sebutan bahasa Cina zaman pertengahan. Rujukan pra-moden lain pula adalah seperti berikut:

  • 烏斯國 Wusiguo (Tibet: Buhs).
  • 烏斯藏 Wusizang (Tibet: Buhs-Gzang; Ü-Zang).
  • 圖伯特 Tubote.
  • 唐古忒 Tangute.
Tibetologis dari U.S, Elliot Sperling, membahaskan bahawa penulis-penulis Cina moden sesetengahnya lebih memilih untuk menggunakan istilah Tubote kerana ia merujuk kepada tanah tinggi Tibet secara keseluruhan, dan bukannya setakat Rantau Autonomi Tibet saja.

C. Rekod Inggeris
 
Rekod Inggeris mengenai Tibet boleh dikesan menggunakan rujukan Tibet sejak abad ke-18 M. Pakar sejarah linguistik umumnya bersetuju bahawa kata Tibet diserap masuk ke bahasa-bahasa Eropah menerusi kata bahasa Semitik seperti bahasa Ibrani dan bahasa Arab. Mereka pula menyerapnya dari bahasa Turki, Töbäd yang bermaksud, ketinggian (jamak: Töbän).