Tradisi mencatitkan bahawa seorang lelaki bernama Muhuyindeni (mungkin Muhyiddin) yang didakwa adalah keturunan nabi Muhammad s.a.w. telah melawat benua China sebanyak tiga kali. Beliau menyebarkan ajaran Islam setiap kali lawatannya di kawasan-kawasan berikut:
- Guangdong dan Guangxi, lawatan pertama
- Hunan dan Hubei, lawatan kedua
- Melalui Xinjiang beliau berdakwah di Qinghai, Gansu dan Henan, lawatan ketiga
Muhuyindeni terus tinggal di rantau Dongxiang dalam wilayah Linxia di Kampung Dawantou. Kisah tradisi itu menyebut bahawa semasa tiba di Linxia, Muhuyindeni sangat miskin. Beliau lalu dipersembahkan kepada sembilan mu di kampung tersebut oleh penduduk keturunan Zhāng di situ. Dengan cara ini, status beliau sebagai seorang pendakwah mengembara berubah menjadi seorang penduduk tetap di situ. Beliau kemudian menerima pakai nama keluarga Zhang sebagai nama keluarga beliau. Beliau mengubah nama beliau menjadi nama tempatan iaitu 張允洸 ZhāngYǔnhuāng. Aliran yang digunakan oleh beliau untuk menjalankan dakwah pun dikenali sebagai 張門宦 Zhāng Ménhuàn.
Suku kaum Zhāng di situ terbahagi kepada dua kampung:
- Kampung Yinwa, suku kaum Zhāng menganuti ajaran Islam
- Kampung Yanwa, suku kaum Zhāng menganuti ajaran Tao
Penduduk Kampung Yanwa ramai pula yang berhijrah ke Tanwang. Sebelum tahun 1949, suku kaum Zhāng yang berketurunan Han dan berketurunan Hui akan sama-sama berkumpul menyalakan unggun api untuk merayakan hari pertama Tahun Baru Cina. Sehingga hari ini pun, suku kaum Zhāng di Tangwan masih lagi mengingati suku kaum Zhāng di Dawantou sebagai sebahagian daripada asal-usul mereka.