Tiga Jenis Dukkha

 


Apabila kita mengalami dan menyedari bahawa segala kebahagiann duniawi ini adalah kedukaan yang berubah-ubah, maka kita pun tidak ingin lagi mengejarnya atau bergantung dengannya. Sebaliknya, kita akan mencari kebebasan daripada kedukaan yang berubah-ubah seperti mana kita mencari kebebasan daripada kedukaan demi kedukaan. Seyogianya diingati bahawa kebahagian duniawi ini hanyalah penyelesaian sementara bagi kedukaan demi kedukaan, yang juga adalah kedukaan yang berubah-ubah.

Sebagai penerangan, kedukaan yang berubah-ubah ini merujuk kepada istilah viparinama-dukkha yang bermaksud kedukaan itu timbul daripada ketidakmampuan untuk menerima perubahan. Manakala, kedukaan demi kedukaan itu berasal dari istilah dukkha-dukkha yang merujuk kepada ketidakselesaan emosi serta kesakitan yang dialami hasil daripada pengalaman kehidupan manusia di muka bumi ini.