Berikut adalah tuntutan kesahihan politik dalam zaman ini:
- Wangsa Ming mengiktiraf wangsa Yuan yang menjadi pendahulu mereka sebagai wangsa China yang sah. Walau bagaimanapun, mereka bertegas bahawa mandat kayangan dari wangsa Yuan itu sudah turun kepada mereka maka wangsa Yuan Utara dianggap sebagai tidak sah lagi.
- Pemerintah wangsa Yuan Utara mengekalkan gelaran "Yuan Agung" dan menuntut gelaran China secara berterusan sehingga tahun 1388 atau tahun 1402. Gelaran China mereka dikembalikan semula dalam beberapa keadaan untuk beberapa lamanya.
- Sejarawan Mongol bernama Rashipunsug membahaskan bahawa wangsa Yuan Utara mewarisi kesahihan politik dari wangsa Yuan. Wangsa Qing yang kemudian mengalahkan dan menakluki wangsa Yuan Utara kemudian mewarisi kesahihan politik China ini lalu menganggap bahawa wangsa Ming sebagai tidak sah lagi.