Berikut adalah tuntutan kesahihan politik dalam zaman ini:
- Wangsa Qing mengiktiraf wangsa Ming yang sebelumnya sebagai wangsa yang sah namun menegaskan bahawa ia telah menerima mandat kayangan dari wangsa Ming. Oleh itu, tuntutan kesahihan wangsa Ming Selatan telah ditolak.
- Wangsa Ming Selatan meneruskan tuntutan kesahihan politik mereka sehinggalah kepada kejatuhan mereka kepada wangsa Qing.
- Pengikut setia wangsa Ming di Kerajaan Tungning di Taiwan menolak kesahihan wangsa Qing.
- Wangsa Joseon di Korea dan Wangsa Lê Kemudian di Vietnam dalam beberapa ketika menganggap wangsa Ming sebagai wangsa sah manakala wangsa Qing dianggap sebagai tidak sah.
- Keshogunan Tokugawa di Jepun tidak menerima kesahihan politik wangsa Qing. Sebaliknya, ia melihat dirinya sebagai wakil sah bagi 華 huá atau China. Naratif ini menjadi asas kepada sastera Jepun seperti Chūchō Jijitsu and Kai Hentai.