Bukti cari gali arkeologi memberikan gambaran bahawa hominid awal telah mendiami benua China sejak 2.25 juta tahun yang lalu. Fosil hominid seperti Peking Man iaitu sejenis Homo Erectus yang menggunakan api telah ditemui di sebuah tapak arkeologi Zhoukoudian, berdekatan dengan kota raya Beijing. Usia fosil berkenaan dianggarkan antara 680,000 dan 780,000 tahun yang lalu. Gigi terfosil Homo Sapiens yang dianggarkan bertarikh antara 125,000 sehingga 80,000 tahun yang lampau turut ditemui di Gua Fuyan, daerah Dao, wilayah Hunan.
Tulisan purba Cina juga ditemui di Jiahu berusia anggaran 7000 SM, Damaidi sekitar 6000 SM, Dadiwan dari 5800 sehingga 5400 Sm dan di Banpo bertarikh dari abad ke-5 SM. Sesetengah sarjana mencadangkan bahawa simbol Jiahu (abad ke-7 SM) membentuk sistem tulisan Cina yang terawal sekali.