Zaman Tiga Kerajaan

Kesahihan politik pada zaman Tiga Kerajaan ini dipaparkan seperti berikut:

  • Wangsa Cao Wei, Shu Han dan Wu Timur menganggap diri mereka sebagai sah dalam masa yang sama menolak tuntutan sesama sendiri.
  • Maharaja Xian dari wangsa Han turun takhta bagi memberi peluang kepada Maharaja Wen dari wangsa Cao Wei, maka disebutkanlah bahawa wangsa Cao Wei berjaya menggantikan wangsa Han Timur dalam garis sejarah bangsa China.
  • Wangsa Jin Barat menerima wangsa Cao Wei sebagai wangsa yang sah dalam zaman Tiga Kerajaan dan menuntut pergantian darinya.
  • Wangsa Tang memandang wangsa Cao Wei sebagai wangsa yang sah semasa zaman ini. Manakala, Zhu Xi, sarjana dari wangsa Song Selatan mencadangkan supaya wangsa Shu Han dipandang sebagai sah.