老子 Lao Zi
Lao Zi (6-5 SM) merupakan seorang ahli falsafah monism Cina. Ejaan laain bagi nama beliau adalah Lao Tzu atau Lao Tze. Kitab 道德經 Tao Te Ch'ing mewakili satu-satunya dokumen yang umumnya dikaitkan dengan tokoh ini.
道德經 Tao Te Ch'ing
Tao Te Ch'ing ini bersama dengan Zhuang Zhi adalah merupakan teks asas bagi kedua-dua falsafah dan agama dalam ajaran Taoism. Ajaran ini turut mempengaruhi aliran-aliran pemikiran falsafah Cina serta agama di benua China. Antaranya termasuklah Legalisme, Confucianisme dan Buddhisme. Wacana-wacana dalam penyampaian aliran pemikiran ini selalunya ditafsirkan menggunakan perkataan-perkataan serta konsep yang digunakan oleh penganut Taoisme semasa pengenalannya ke benua China. Banyak seniman China termasuklah penyajak, pelukis, pakar kaligrafi dan tukang kebun menggunakan kitab ini sebagai sumber inspirasi mereka. Pengaruhnya melebar ke luar Asia Timur dan menjadi teks yang banyak sekali diterjemahkan dalam dunia kesusasteraan.
Rujukan
- Petikan mengenai Lao Zi
- Tao Te Ching - Chinese Text Project
- 老子道德經 十八一章 - Ever Green (Bahasa Cina sahaja)
Video: 王菲 - 清靜經