Tuan Renze berijazah dari Jabatan Fizik, Universiti Shandong, China. Pada tahun 1990, beliau mula mempelajari samadhi, dan pada awal tahun 1994, beliau mengangkat sumpah kebiaraan di Kuil Nanputuo di Xiamen. Guru salasilah beliau adalah Tuan Huitong, bhiksu tua di Biara Zhenru di Pergunungan Yunju, Jiangxi yang merupakan murid kepada Tuan Xuyun. Pada tahun 1995, beliau hidup dalam pengasingan dan berdiam di pergunungan, mengamalkan samadhi dhutanga.
Pada tahun 2006, Tuan Renze mengasaskan Maktab Samadhi Tanah Suci Yiming di Beijing di mana beliau mengajar kaedah samadhi dan dharma. Sejak itu, beliau memumupuk asas kepada pandangan menyeluruh dan penguasaan ajaran luaran serta kerohanian Buddhisme.
Beliau menjadikan tahap-tahap marga serta tiga aspek prinsip marga iaitu melepaskan diri daripada duniawi, Bodhicitta, dan hikmah kekosongan sebagai asas latihan samadhi beliau. Ajaran beliau pada umumnya menumpukan kepada memadamkan keterikatan jiwa, mengubah tabiat yang menimbulkan karma, dan memperbaiki halangan pada karma.
Rujukan boleh juga didapati daripada video-video dalam arkib Youtube maktab beliau yang dikenali sebagai "Yiming Pureland Academy Centre".