Pengenalan kepada Xinjiang

Xinjiang atau panggilan rasminya Rantau Autonomi Uighur Xinjiang adalah salah satu rantau autonomi di Republik Rakyat China (PRC). Xinjiang terletak di barat laut China yang bersempadan dengan rantau Asia Tengah.

Selanjutnya, Xinjiang menjadi bahagian China di peringkat wilayah yang terbesar sekali dan merupakan bahagian kecil dalam suatu negara yang kelapan terbesar di dunia. Ia merentangi jarak sejauh 1.6 juta kilometer persegi iaitu kira-kira 620,000 kaki persegi dan mempunyai populasi seramai 25 juta orang. Xinjiang bersempadan dengan negara seperti Mongolia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Pakistan dan India. Banjaran Karakoram, Kunlun dan Tian Shan menjadi tembok sempadan semulajadi Xinjiang di bahagian barat dan selatannya. Selain itu, rantau Aksai Chin yang ditadbir oleh China turut dituntut oleh Republik India. Dalam China pula, Xinjiang bersempadan dengan Rantau Autonomi Tibet dan Wilayah Gansu serta Qinghai. Laluan bersejarah yang dikenali dengan nama Laluan Sutera turut merentasi wilayah ini dari timur ke sempadannya di barat laut.