Suku kaum Uighur adalah merupakan suku kaum jenis Turki yang berasal atau berkaitan dengan bangsa purba dari Asia Tengah dan Asia Timur. Mereka diiktiraf sebagai bangsa majoriti dalam wilayah autonomi Uighur Xinjiang di Barat Daya China. Selain itu, mereka juga diiktiraf sebagai suku kaum yang ke-55 dalam senarai rasmi suku kaum minoriti di Republik Rakyat China (PRC).
- Pengenalan
- Etimologi
- Jati Diri
- Populasi
- Sejarah Uighur di Benua China
- Budaya Uighur
- Diaspora Uighur di Wilayah China Lain
Pengerusi Mao telah mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat China (PRC) pada 1 Oktober 1949. Beliau menukar Republik Turkistan Timur Kedua menjadi Negeri Autonomi Kazakh Ili dan melantik Saifuddin Azizi sebagai gabenor dari Parti Komunis yang pertama di rantau tersebut. Ramai juga mereka yang setia kepada Republik China melarikan diri ke Turki dan negara Barat. Nama Xinjiang kemudian ditukar lagi menjadi Rantau Autonomi Uighur Xinjiang yang mana suku kaum Uighur menjadi suku kaum terbesar dan ramai dalam kalangan mereka itu hidup di rantau selatan serta rantau barat Xinjiang.
- Pengenalan kepada Xinjiang
- Konflik Xinjiang
- Pelanggaran Hak Asasi Manusia di Xinjiang
Mohon buat pertambahan lagi sekiranya perlu. Jika tiada sebarang penambahan maka boleh sahaja membuat rujukan di halaman ini, terima kasih.