Sabtu, 14 April 2018

Tarekat Muslim di China


Tarekat di China disebut sebagai ménhuàn 門宦 atau silsilah dalam bahasa Arab. Istilah ini digunakan oleh penganut ajaran Islam yang berbahasa China bagi merujuk kepada pergerakan tasawuf di Tanah Besar China. Pemimpin-pemimpin ménhuàn ini membentuk satu rantaian kerohanian sesama sendiri berkurun-kurun lamanya. Dari guru-guru ini kemudian, mereka akan dapat mengesan ajaran yang diamalkan sehingga kepada nabi Muhammad s.a.w. di Tanah Arab.

Asal-usul istilah ini menurut kepada Ma Tong (1983), disahkan pertama kalinya dalam satu karangan yang dibuat oleh Majistret Yang Zengxin di rantau Hezhou dari tahun 1897. Pengkaji-pengkaji berbahasa Cina sendiri mencadangkan bahawa istilah ini terbit dari kata ménfá 門閥 yang bermaksud keluarga yang berkuasa dan berpengaruh atau ménhù 門戶 yang digunakan di sebelah barat laut Tanah Besar China untuk membawa maksud 'laluan' atau 'parti'.

Berikut adalah tarekat-tarekat Islam yang terkenal di benua China:
Beberapa aliran tarekat ini sebenarnya bercakar sesama sendiri kerana berebut pengaruh dalam kalangan masyarakat setempat. Terdapat juga ahli aliran tarekat ini yang berkhidmat sebagai jeneral atau panglima perang dalam dinasti-dinasti China sama ada dinasti Ming atau dinasti Qing.
 
Rujukan
Sumber Gambar: Sana Gilani, Exploring Islamic China - Part One Beijing, Lanzhou and Linxia, Wayfarer's Compass (online)