Jumaat, 30 Mac 2018

Bahasa Cina Mandarin Barat Daya


Bahasa Mandarin Barat Daya 西南官話 dikenali juga sebagai Bahasa Mandarin Hulu Yangtze 上江官話 adalah cabang bahasa Cina Mandarin yang utama dituturkan di sebelah tengah dan barat daya Tanah Besar China. Antara bahagian Tanah Besar China yang mempunyai penutur bahasa ini adalah seperti berikut:
  • Sichuan
  • Yunnan
  • Chongqing
  • Guizhou
  • Kebanyakan bahagian Hubei
  • Barat Laut Hunan
  • Utara Guangxi
  • Beberapa kawasan di selatan Shaanxi dan Gansu
Sesetengah bentuk bahasa Cina Mandarin ini tidak semuanya sama dengan bahasa Cina Mandarin yang dituturkan oleh penutur dari pelbagai wilayah di China. Hal ini terjadi kerana bahasa Cina yang dituturkan oleh penutur itu akan dipengaruhi oleh bahasa tempatan atau bahasa ibunda yang menjadi bahasa pertuturan penutur bahasa Cina Mandarin itu.

Bahasa Cina Mandarin Barat Daya dituturkan oleh lebih kurang 260 juta orang. Jika ia dianggap sebagai bahasa yang lain daripada bahasa Mandarin standard, maka ia akan menduduki tempat kelapan bagi penutur jati yang terbanyak selepas bahasa Cina Mandarin, bahasa Sepanyol, bahasa Hindustan, bahasa Portugis, bahasa Arab dan bahasa Bengali.

Berikut adalah rujukan-rujukan berdasarkan kepada pengalaman aku dan diari lama aku untuk ilmu kemanusiaan (humanity) bagi bahasa Cina Mandarin loghat Barat Daya:
Loghat bahasa Cina ini boleh digunakan dalam bahasa percakapan seharian dan ia bukannya bahasa buku pun. Jika hendak menambahkan perbendaharaan kata lagi, bolehlah tonton filem-filem lama berbahasa Cina dari tahun 1960an sampai lewat 1990an. Perbendaharaan kata yang dipakai pun sebenarnya ringkas-ringkas sahaja. Penutur bahasa Cina pun berbuat begini juga kerana mereka bukannya tinggal dalam suasana asal berbahasa Cina. Mereka mencetuskan alam tersebut di rantau asing dan hidup dalam alam tersebut.   
Pengumpul: Naim