Ahad, 17 Oktober 2021

Ungkapan Memuji Rupa Seseorang


Setakat aku ketahui dari pengalaman belajar bahasa Cina sejak tahun 1996 lagi, aku dapati bahawa aku hanya tahu menggunakan lima perkataan ini sahaja iaitu:

  • 好帥 kacak
  • 美麗 cantik
  • 好看 elok
  • 漂亮 lawa
  • 可愛 comel

Sebenarnya banyak lagi cara untuk memuji rupa seseorang. Berikut adalah merupakan beberapa ungkapan yang boleh digunakan untuk memuji rupa seseorang.

  • 眉清目秀 Méiqīngmùxiù kening jernih, mata segak
  • 玉樹臨風 Yùshù línfēng bagai pohon jade menghadap angin
  • 英姿挺拔 Yīngzī tǐngbá terserlah kesegakkannya
  • 帥氣逼人 Shuàiqì bī rén segak menawan

Selalunya, simpulan bahasa Cina mempunyai empat huruf. Semua contoh di atas itu, menggambarkan kesegakan atau kekacakan seseorang lelaki. Maklum juga bahawa semua ungkapan di atas itu banyak digunakan dalam penulisan sastera. Jadi, ia akan kedengaran gedik atau kekok jika digunakan dalam perbualan seharian.

Selain itu, cara memuji seseorang itu berbeza mengikut tempat juga. Oleh kerana banyak sekali loghat di benua China dan tidak semestinya sama di setiap tempat. Contohnya, di Taiwan mereka mungkin memuji seseorang dengan ungkapan 美型男 měi xíng nán atau 潮男 cháo nán. Sementara itu, di China mereka mungkin memuji seseorang itu dengan ungkapan, 高富帥 gāofù shuài dan di Hong Kong pula 靚仔 liàngzǎi.

Dalam perbualan rasmi, seseorang boleh juga memuji orang lain dengan menggunakan ungkapan 帥氣 shuàiqì atau 英俊 yīngjùn. Terdapat juga gadis-gadis kuat berangan yang gemar menggunakan istilah 男神 nán shén yang bermaksud adonis untuk memuji lelaki yang menarik perhatian mereka. 

Rujukan