Mutakhir ini banyak sekali kelas pelajaran bahasa Cina muncul lebih-lebih lagi pasca COVID-19 yang melanda dunia memaksa orang ramai bergantung kepada media di internet. Hal ini aku pandang secara positif namun apabila terlalu banyak sangat kelas pun kita tidak tahu pula hendak memilih yang mana satu yang terbaik, kan? Untuk bahagian ini aku cuma ingin membicarakan secara ringkas sahaja mengenai bahasa Cina yang banyak dituturkan orang di seluruh dunia hasil dari migrasi penduduk dari benua China pada abad ke-19 hingga abad ke-21.
Aku harap pengenalan ini berguna untuk kita semua memandangkan bahasa Cina adalah salah satu bahasa negara kuasa veto dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Jadi, penting sekali untuk kira kuasai salah satu daripada enam (6) bahasa yang dituturkan di pertubuhan global tersebut. Kredit untuk gambar hiasan di atas adalah sepenuhnya milik "Muddy Basin Ramblers". Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada pencipta gambar di atas kerana kesudian beliau atau mereka berkongsi hasil seni yang cantik itu dengan dunia.