Kesahihan Politik mewakili Benua China

Benua China terbahagi dari segi politik dalam beberapa abad dalam sejarahnya. Rantau yang berlainan diperintah oleh pelbagai wangsa pula. Wangsa-wangsa ini berfungsi sebagai negara yang berasingan dengan istana dan institusi politik mereka sendiri. Pembahagian dari segi politik ini wujud antara lainnya semasa zaman berikut:

Hubungan antara wangsa China semasa zaman negara berasingan ini selalunya berkisar dalam ruang lingkup kesahihan politik yang diterbitkan dari doktrin Mandat Kayangan. Wangsa yang diperintah oleh suku kaum Han akan mengisytiharkan wangsa pesaing yang berasal dari suku kaum lain sebagai tidak sah! Hal ini dijustifikasi berdasarkan kepada konsep Hua-Yi. Selain itu, banyak wangsa yang bukan dari suku kaum Han melihat diri mereka sebagai wangsa yang sah di China. Mereka selalunya cuba memperlihat diri mereka sebagai pewaris sebenar kebudayaan China dan sejarahnya.
 
Secara tradisinya, hanya regim yang dilihat sebagai "sah" atau 正統 Zhèngtǒng iaitu "ortodoks" sahaja yang dipandang sebagai 朝 Cháo atau satu wangsa. Rejim yang "tidak sah" dan "tidak ortodoks" akan dirujuk sebagai 國 Guó yang bermaksud "negara" atau "kerajaan" walaupun jika rejim itu bersifat wangsa. Isu kesahihan politik bagi sesetengah wangsa ini masih lagi menjadi perbahasan dalam ruang lingkup akademia moden.
 
Selain itu juga, zaman perpecahan selalunya menyebabkan muncul perdebatan dalam kalangan pegawai dan sejarawan sama ada wangsa pendahulu boleh dianggap atau patut dianggap sebagai ortodoks disebabkan imperatif politiknya untuk wangsa terkini dianggap terkandung dalam tanggapan bahawa salasilah moral serta kekuasaan politik itu tidak terputus sejak dari zaman purba. Walau bagaimanapun, negarawan wangsa Song Utara iaitu Ouyang Xiu mencadangkan bahawa keortodoksan sebegitu wujud dalam keadaan terumbang-ambing semasa zaman perpecahan dan dikembalikan semula selepas penyatuan politik dicapai. Dalam perspektif ini, wangsa Song mempunyai kesahihan politik melalui kemampuannya menamatkan zaman Lima Wangsa dan Sepuluh Kerajaan walaupun tidak menerima keortodoksan dari wangsa Zhou Kemudian. Begitu juga, Ouyang menganggap konsep keortodoksan berada dalam kekaburan semasa zaman Tiga Kerajaan, Enam Belas Kerajaan dan wangsa Utara serta wangsa Selatan.
 
Seperti kebanyakan sumber sejarah China menjunjung idea berkenaan warisan wangsa yang segaris maka hanya satu sahaja wangsa yang boleh dianggap sebagai ortodoks pada saatnya. Kebanyakan sumber moden menganggap garis kesahihan wangsa itu seperti berikut:
  • Wangsa Xia
  • Wangsa Shang
  • Wangsa Zhou
  • Wangsa Zhou Barat
  • Wangsa Zhou Timur
  • Wangsa Qin
  • Wangsa Han Barat
  • Wangsa Han Timur
  • Cao Wei
  • Jin Barat
  • Jin Timur
  • Liu Song
  • Qi Selatan
  • Wangsa Liang
  • Wangsa Chen
  • Wangsa Sui
  • Wangsa Tang
  • Liang Kemudian
  • Tang Kemudian
  • Jin Kemudian
  • Han Kemudian
  • Zhou Kemudian
  • Song Utara
  • Song Selatan
  • Wangsa Yuan
  • Wangsa Ming
  • Wangsa Qing
Pertelingkahan kesahihan menurut sejarah ini sama juga dengan tuntutan yang saling bersaingan ke atas kesahihan politik oleh Republik Rakyat China (PRC) berpusat di Beijing dan Republik China yang berpusat di Taipei. Kedua-dua rejim ini berpegang secara rasminya kepada Dasar Satu China dan menuntut kesahihan penuh dalam mewakili seluruh benua China.