Manusia telah pun mendiami Lembangan Tibet sekurang-kurangnya sejak 21,000 tahun yang lalu. Populasi ini kemudian berbuah kira-kira 3,000 SM (BP) apabila pendatang Neolitik dari utara China memasuki kawasan ini. Walau bagaimanapun, terdapat kesinambungan separa genetik antara penduduk Paleolitik dengan populasi penduduk Tibet kini.
Sastera sejarah Tibet yang terawal sekali mengenal pasti kebudayaan Zhang Zhung sebagai perantau dari kawasan Amdo ke dalam rantau Guge di Tibet Barat pada zaman moden. Zhang Zhung dianggap sebagai kawasan asal di mana agama Bon yang dianuti oleh masyarakat Tibet muncul. Menjelang abad pertama sebelum masihi, satu kerajaan telah muncul di lembah Yarlung. Drigum Tsenpo, raja Yarlung berusaha memadamkan pengaruh dari kebudayaan Zhang Zhung dengan menghalau pedanda agama Bon keluar dari Yarlung. Tidak berapa lama kemudian, raja Drigum Tsenpo berjaya dibunuh dan kebudayaan Zhang Zhung pun menguasai rantau Yarlung sehingga ia ditakluki oleh raja Songtsen Gampo pada abad ke-7 masihi. Sebelum raja Songtsen Gampo, raja di Tibet bolehlah dianggap sebagai mitos sahaja kerana tiada sebarang bukti pun yang menunjukkan bahawa mereka benar-benar wujud.
- Empayar Tibet
- Dinasti Yuan
- Dinasti Kecil Tibet
- Kebangkitan Ganden Phodrang
- Dinasti Qing
- Pasca Dinasti Qing
- Tibet pada Tahun 1950 sehingga Kini