Sabtu, 24 Disember 2016

Tanah Besar China

 
China atau secara rasminya dikenali sebagai Republik Rakyat China (PRC) adalah sebuah negara moden di Asia Timur. Populasi semasanya melebihi 1.4 billion orang dan menjadi negara kedua paling padat di dunia selepas India. Populasi China mewakili 17.4 peratus populasi dunia.

Perkataan "China" telah pun digunakan dalam bahasa Inggeris sejak abad ke-16 masihi. Walau bagaimanapun, ia bukanlah nama yang digunakan oleh orang Cina sendiri untuk merujuk diri mereka pada ketika itu. Asal-usul perkataan China ini boleh dijejaki melalui bahasa Portugis, bahasa Melayu dan bahasa Parsi yang diserap dari bahasa Sanskrit iaitu, "China" yang digunakan oleh orang India Utara purba.
Kerana keluasannya, China dibahagikan kepada lima zon masa dan sempadan daratnya pula menyentuh sempada 14 buah negara lain dengan keluasan hampir 9.6 juta kilometer persegi atau 3,700,000 batu persegi.

China mempunyai sebanyak 33 bahagian wilayah yang dipecahkan kepada 22 wilayah, lima rantau autonomi, empat perbandaran dan dua rantau pentadbiran khas separa autonomi.

Beijing menjadi ibu negara China, manakala Shanghai adalah kota metropolitan kedua yang paling padat selain menjadi pusat kewangan terbesar di China.

Sosial di China

Dari segi bangsa, China mengenalpasti sebanyak 56 bangsa yang berbeza yang disebut sebagai Zhonghua Minzu atau bangsa-bangsa Tionghua. Bangsa Tionghua yang terbesar sekali adalah orang Han yang jumlah mereka melebihi 91% daripada keseluruhan populasi China.  
Mohon tambahkan dari semasa ke semasa untuk melengkapkan teka-teki ini.