Perayaan Tahun Baru Cina pada tahun 2025 jatuh pada 28 Januari 2025. Perayaan ini akan berlangsung hingga hari ke-15 bagi sesetengah komuniti Cina seperti komuniti Hokkien di Asia Tenggara. António Guterres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam ucapannya menyambut Tahun Ular ini menyebut, "Marilah kita menyambut permulaan yang baru ini dengan pengharapan dan keazaman untuk mencorakkan masa depan yang lebih baik untuk semua."
Beliau menambah bahawa, "Ular melambangkan hikmah, ketahanan dan pembaharuan. Dalam masa yang penuh pancaroba ini, semoga kita semua dipandu oleh ciri-ciri yang baik dan memperbaharui komitmen kita ke arah keamanan, kesaksamaan dan keadilan."
Setem di atas adalah setem baru yang dikeluarkan oleh PBB sempena perayaan yang istimewa ini. PBB mengucapkan, "Selamat Tahun Baru Cina!" kepada semua yang merayakannya.