Memaparkan catatan dengan label bahasa melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa melayu. Papar semua catatan

Isnin, 16 September 2024

Bahasa Cina

 


Mutakhir ini banyak sekali kelas pelajaran bahasa Cina muncul lebih-lebih lagi pasca COVID-19 yang melanda dunia memaksa orang ramai bergantung kepada media di internet. Hal ini aku pandang secara positif namun apabila terlalu banyak sangat kelas pun kita tidak tahu pula hendak memilih yang mana satu yang terbaik, kan? Untuk bahagian ini aku cuma ingin membicarakan secara ringkas sahaja mengenai bahasa Cina yang banyak dituturkan orang di seluruh dunia hasil dari migrasi penduduk dari benua China pada abad ke-19 hingga abad ke-21.
Aku harap pengenalan ini berguna untuk kita semua memandangkan bahasa Cina adalah salah satu bahasa negara kuasa veto dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Jadi, penting sekali untuk kira kuasai salah satu daripada enam (6) bahasa yang dituturkan di pertubuhan global tersebut.
Kredit untuk gambar hiasan di atas adalah sepenuhnya milik "Muddy Basin Ramblers". Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada pencipta gambar di atas kerana kesudian beliau atau mereka berkongsi hasil seni yang cantik itu dengan dunia. 

Sabtu, 21 April 2018

Ayat dan Pemahaman


句子與理解 Jùzi yǔ lǐjiě

Aku menggunakan buku 最新小學單元練習 iaitu Latihan Topikal SJK (C) Terbaru untuk darjah 1 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina namun tulisannya aku gunakan sistem tulisan mengikut Republik China (ROC). Salahkah? Peduli apa aku. 

Matlamat latihan ini adalah seperti berikut:
  • 習題設計配合學生作答能力
  • 符合學校評审與政府考試要求
  • 習題設計配合思維技巧富有启髮性
    Aku tempekkan di sini kerana aku hendak melupuskan kertas-kertas yang menyebabkan bilik aku semak serta berhabuk. Kalau aku hendak buat rujukan di masa hadapan maka aku boleh kembali semula membaca apa yang aku sumbatkan di sini. Simpan buat kenangan sahajalah. Sila klik di sini untuk merujuk.  

    Ahad, 18 Mac 2018

    Bahasa Cina Harian

    Bahan ini datang dari rujukan bahasa Mandarin di Republik Singapura. Aku cuba untuk gabungkan semua bahan yang aku pernah jumpa.  Bahagian ini sebenarnya lebih kepada aku belajar terjemahan dan tafsiran dari bahasa Cina ke bahasa Melayu atau sebaliknya.
    • 我們之間 Antara kita
    • 朋友之間 Antara kawan-kawan
    • 家庭 Keluarga
    • 在家裡 Di rumah
    • 臥室 Bilik tidur
    • 浴室 Bilik mandi

    Sabtu, 17 Februari 2018

    Cina Peranakan Kelantan




    Cina Peranakan Kelantan atau 土生華人 Tusheng Huaren adalah etnik Cina yang berketurunan Siam di negeri Kelantan. Mereka mempunyai keturunan Cina dan juga keturunan Siam asli dari Kelantan. Mereka telah berada di Kelantan sejak abad ke-17 M. 

    Rujukan
    • Saluran Youtube anakmalaysia1990 berjudul 扎根 - 丹河的女兒 atau Jejak Warisan - Anak Perempuan Sungai Kelantan
    • Aku Cina Kampung (blogspot), gambar pada laman ini diambil dari laman blog saudara ini. Kredit gambar kepada blog ini.

    Sabtu, 31 Disember 2016

    Tahap Kesukaran Bahasa Cina Mandarin

    Menurut Anton Taiki, seorang pengguna di platform Quora dalam kenyataan, "It's True that the Mandarin Language is very hard to learn. Do all Chinese People speak Mandarin perfectly?," bertarikh 6 Januari 2025, bahasa Cina Mandarin adalah bahasa yang utama, dituturkan oleh kira-kira 71.5% populasi orang Cina di seluruh China.

    Kesukaran dalam pembelajaran bahasa Cina Mandarin seperti juga dalam mempelajari bahasa asing yang lain, bergantung kepada seseorang individu yang mempelajarinya. Dengan usaha yang berterusan, strategi pembelajaran yang berkesan dan sikap yang benar, maka seseorang itu boleh mencapai tahap kefasihan yang tinggi dalam bahasa Cina Mandarin.
    Demikianlah masukan aku yang telah diundur ke belakang walaupun tarikhnya adalah pada tahun 2025 kerana aku sedang menyusun kembali masukan supaya nota ini menjadi lebih kemas.